2011年6月23日星期四

Bab 2: Taburan Penduduk

- Maksud taburan penduduk ialah sebaran atau agihan penduduk di muka bumi.

- Sebaran penduduk terbahagi kepada 3 iaitu jarang, sedarhana dam padat.

- Kawasan asia dan Eropah berpenduduk padat, kawasan Artik dan Antartika berpenduduk jarang.

- Kepadatan penduduk ialah jumlah penduduk yang mendiami sesuatu kawasan.

- Kepadatan penduduk boleh ditentukan dengan cara nisbah jumlah penduduk.

- Kepadatan penduduk = Tumlah penduduk/Keluasan kawasan.

Teburan Penduduk Dunia Mengikut Kepadatan

- taburan penduduk global boleh dibahagikan mengikut:
a)Taburan penduduk mengikut benua
b)Taburan penduduk mengikut garis lingtang
c)Taburan penduduk mengikut kawasan
d)Taburan penduduk mengikut ketinggian
e)Taburan penduduk mengikut kebenuaan dan kepulauan

Taburan penduduk mengikut benua

- Benua asia dan Eropah mempunyai penduduk paling ramai iaitu 3/4 daripada jumlah penduduk dunia.

- Separuh daripada penduduk dunia terdapat di Asia merangkumi China, India dan Indonesia.

- Benua Afrika jarang penduduk walaupun merangkumi 53 buah negara.

- Fenomena ini disebabkan faktor keluasan berbanding jumlah penduduk.

Taburan penduduk mengikut garis lintang

- 4/5 daripada penduduk dunia tinggal di garisan lingtang 20U sehingga 60S

- Kawasan garisan lintang itu meliputi Asia Timur, Asia Selatan, Eropah dan Timur laut Amerika Selatan.

Taburan penduduk mengikut kawasan

- Boleh dibahagi kepada 3 bahagian

a) Kawasan berpenduduk padat
- Semua bandar maju contohnya Tokyo, New York dan Bangkok

- Semua bandar utama.

b) Kawasan sedernaha penduduk
- Hutan sejuk sederhana

- Kawasan Steppe, Prairie dan Veld.

- Afrika Selatan / kawasan Medditeranean

c) Kawasan jarang penduduk
- Kutub utara dan kutub selatan

- Kawasan Greenland

- Tanah tinggi Himalaya dan banjaran Rocky.

- Gurun panas Saltara, Gurun Kalahari dan Gurun Ataccamma.

- Lembangan Amazan, Lembangan Congo dan pedalaman Asia Tenggara.

Taburan penduduk mengikut Ketinggian

- Penduduk lebih suka tinggal di kawasan berketinggian 0->200 meter.

- Mereka memilih kawasan tanah pamah kerana kesuburannya dan takanan cuaca.

- Terdapat juga penduduk yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti Bolivia, Ecuador dan mexico.

Taburan penduduk mengikut kebunuaan dan kepulauan

- Lebih ramai penduduk tinggal di benua berbanding kepuluan.

- Samakin ke pedalaman jumlah penduduk semakin berkurangan.

- Penduduk lebih suka di pinggir laut kerana faktor iklim, bentuk muka bumi dan ekonomi.

- Antara pulau yang agak berpenduduk padat ialah, Jepun, Sri Lanka, Kepulauan Indonesia, Hong Kong dan Taiwan.

- Pulau ini banyak penduduk kerana letakan, kesuburan tanah, sejarah dan sumber ekonomi.



Faktor Alam Sekitar Fizikan Mempengaruhi Taburan Penduduk

- Faktor fizikal ialah iklim, bentuk muka bumi, tanah tanih dan sumber alam.

a) Iklim

- Pengaruh iklim mempengaruhi taburan panduduk kerana aktiviti pertanian.

- Kawasan Asia beriklim panas dan lembab, monsoon tropika dan khatulistiwa, sesuai untuk pertanian.

- Iklim jenis medditeranean dan sejuk sederhana sesuai bagi pertanian di kawasan Eropah.

- Iklim yang bersesuaian dan tidak melampau malah mengalakan pertanian menyebabkan ia menjadi tunpuan penduduk.

- Kawasan beriklim melampau seperti terlalu sejuk dan terlalu panas, aktiviti pertanian sukar dijalankan.

- Kawasan gurun beriklim panas, kontang, kemarau dan kegersangan, malah menjadi tandus contohnya Gurun Sahara.

b) BentuK Muka Bumi

- Kawasan pamah, dataran, delta dan kawasan landai padat penduduk kerana memudahkan segala aktiviti.

- Kawasan tanah tinggi dan berhutan tebal seperti Banjaran Rocky dan Lembagan Amazon sukar diteroka tanah tinggi.

c) Pengaruh Kesuburan Tanih

- Tanih jenis alluvium, chernozem dan pedzol merupakan tanih yang suker untuk pertanian.

- Tanaman seperti padi, gandum dan kopu dapat diusahakan.

- Kawasan bertanih subur yang ramai penduduk ialah dataran Hwang Ho, Sungai Indus, Sungai Nil.

d) Pengaruh Saliran

- Saliran bermaksud sungai, air dan tasik yang terdapat di sesebuah kawasan.

- Sungai Mekong, Sungai Nil, Sungai Chaw Pharya dan Sungai Ganges menjadi lokasi pertempatan penduduk.

- Menjadi tumpuan utama kerana aktiviti demestik, perikanan, pengangkutan dan pengairan.




Faktor Ekonomi

- Kawasan pertanian, perindustrian, perlombongan dan perikanan mempunyai ramai penduduk.

- Delta Ganghes, Trrawaty, Hwang Ho dan Delta Kelantan benyak penduduk. (kawasan pertanian)

- Bandat Tokyo, Bandar Damodar dan Bandar Rul di Jerman kawasan industri ramai penduduk.

- Gurun Sahara, Lembangan Amazon dan Afrika Tengah jarang penduduk kerana kurang kegiatan ekonomi.

Faktor Sosial

- Kawasan Bandar banyak kemudahan sosial ramai penduduk.

- Kawasan pusat pendidikan seperti University Oxford, Harvard dan Al Azahar ramai penduduk kerana menjadi pusat keilmuan.

- Bandar Tokyo, Bandar New York dan Bandar Seoul banyak menawarkan ekonomi perkhidmatan seperti pusat kewangan dan perkhidmatan perhotelan.

Faktor Domografi

- Ialah kadar kelahiran dan kematian.

- Kawasan Asia Tenggara, Amerika Latin dan Asia Timur penduduk padat kerana kadar kelahiran tinggi.

Faktor Sejarah

- Kawasan awal dibuka, pertempatan dan kawasan awal tamadun mempunyai penduduk ramai.

- Pemduduk ramai kerana kewujudan ekonomi, ilmu pengetahuan dan kestabilan politik.

- Contoh negara Mesir, Rom, India dan China.

5 条评论: