2011年6月23日星期四

Bab 1: Konsep Penduduk

Penduduk Sebagai Sumber Manusia

- Manusia sebagai sumber dalam sesebuah negara diukur dari segi kualiti dan kuantiti.

- Kuantiti penduduk diukur dari segi bilangan, saiz penduduk, taburan penduduk, struktur, umur dan jantina

- negara berkuantiti penduduk ramai ialah China, Indonesia dan India.

- Kuantiti penduduk menjadi sumber tenaga kerja, kutipan cukai, pasaran serta kuantiti pertahanan.

- Kuanliti penduduk diukur dari segi.
a)Kesihatan
b)Taraf pendidikan
c)Kemahiran yang dimiliki
d)Mobiliti dan Asimilasi
e)Sikap
f)Kemenjadian

- Manusia sebagai sumber berperanan menentukan sesebuah negara maju dan negara yang mundur.

- Penduduk diperlukan sebagai sumber tenaga bagi memenuhi keperluan seperti perkhidmatan, pengurusan, perniagaan dan buruh.

- Sumber penduduk kemenjadianya ditentukan berdasarkan aspek taraf pendidikan, kemahiran, pengalaman bekerja, latihan dan sikap keterbukaan.

- Kualiti sumber manusia dipergaruhi oleh tahap kesihatan, pemakanan, kesuburan, kemajuan ekonomi dan kemudahan sosial.

Penduduk Sebagai Agen Perubahan

- Manusia sebagai agen perubahan telah melakukan banyak aktiviti seperti:
a)Perubahan sosial ekonomi
b)Perubahan lanskap bugaya
c)Perubahan lanskap fizikal

Perubahan Sosial Ekonomi

- Penduduk telah mengubah kegiatan ekonomi dari ekonomi tradisional seperti pertanian kepada ekonomi moden iaitu perindustrian dan perkhidmatan.

- Corak sosia ekonomi telah mewujudkan aktiviti perniagaan, perdagangan, pengangkutan, pelancongan, pemintaan dan penawaran barangan.

- Dalam kegiatan ekonomi penduduk bertindak sebagai tanaga kerja dan pengguna.

- Dari segi sosial penduduk mengubah perkembangan sosial meliputi perubahan pendidikan, kesihatan dan komunikasi.

- Sebagai contoh kemajuan telekominikasi meliputi perubahan pengunaan seperti satelit, gps, gis.

Perubahan Lanskap Budaya

- Fenomena budaya telah diubah oleh manusia meliputi aktiviti ekonomi, komunikasi, cara hidup, guna tanah dan perbandaran.

- Budaya manusia dari hidup secara individu berubah menjadi berkomuniti, menjadi padat dan berkemudahan kompleks.

- Budaya manusia berubah termasuklah dari sagi cara hidup, tempat tinggal, pemakanan, corak ekonomi dan teknologi.

Perubahan Lanskap Fizikal

- Manusia bertindak terhadap sekitar fizikal keatas tanih air, udara, flora dan fauna.

- Manusia melakukan perubahan lanskap seperti menebuk bukit, mengorek tanah, menarah, memotong bahu bukit dan meratakan tanah tinggi.

- Tindakan manusia telah menghasilkan pandangan seperti lurah, parit dan gegalur.

- Tindakan manusia telah menyebabkan alam sekitar mengalami luluhawa, hakisan tanih, gelangsaran tanih, tanah runtuh dan mendapan tanih.

没有评论:

发表评论