2011年6月30日星期四

Bab 3: Pertubuhan Penduduk

Kesan ketidak seimbang

Kesan Negatif

- Sumber-sumber alam mengalami tekanan terutamanya guna tanah.
- Saiz tanah menjadi sempit akibat diguna untuk pertempatan, ruang industri, pengangkutan dan perniagaan.

a) Kepupusan dan Kemerosotan sumber alam
- Sumber hutan, air bersih, sumber mineral, sumber tanah akan habis dan pupus.
- Sunber biologi, habitat dan ekosistem musnah.

b) Pencemaran sumber alam
- Udara tercemar akibat aktiviti industri, penggunaan kenderaan dan pertanian ladang.
- Aktiviti tersebut membebaskan berbagai jenis bahan tercemar melalui pembakaran.
- Air tercemar akibat sisar demostik, sampah sarap, kumbahan penduduk dan sisa industri.
- Pencemaran daratan datangnya dari penerokaan hutan dan pembuangan sampah sarap dan sisa toksik.

c) Pembaziran sumber alam
- Kawasan yang jarang penduduk banyak sumber tidak dibangunakan, terbiar dan membazir kerana kekurangan tenaga.

d) Fenomena cuaca luar biasa
- Berlaku pulau haba bandar, hujan asid dan banjir kilat di bandar.
- Penipisan lapisan ozon, jerebu dan kesan pemanasan global akibat pertambahan penduduk.

Kesan positif

a) Pembangunan sumber alam meningkat
- Kawasam ramai penduduk sumber alam dapat dibangunkan dengan cepat kerana ramai buruh.
- Contohnya Kuala Lumpur dengan lombong bijih timah diusaha oleh orang cina.

b) Mengurangkan kemerosotan produktiviti
- Sumber alam tidak terbiar tetapi diteroka dan meningkatkan taraf hidup penduduk.

c) Membangunkan kawasan persekitaran
- Kawasan yang stabil, ramai penduduk, banyak kegiatan ekonomi menjadi maju dan meningkatkan kualiti penduduk.
- Di negara maju kadar pentubuhan penduduk menurun berbanding negara membangun.
- Di negara maju perbandingan golongan tua dengan golongan muda sangat ketara sehingga menimbulkan perbazaan komposisi umur dan komposisi jantina.

Faktor Mempengaruhi pertumbuhan penduduk dunia yang meningkat

a) Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian.
- Cara perubatan, klinik dan penjagaan ibu mengandung bayi selamat dilahirkan.
- Makanan berhasiat seperti susu, gandum dan perubatan bagi bayi lebih selamat.
- Kadar kematian bayi dapat dikurangkan kerana faktor perubatan kawalan penyakit berjingkit dan persekitaran yang bersih.

b) Faktor aras kesuburan
- Wanita dan lelaki yang berkhawin berumur 16 hingga 40 kadar kesuburan tinggi, bilangan anak ramai boleh diperolehi.

c) Perkhawinan di usia mudah
- Nagara seperti India, Indonesia dan Filipina taraf pendidikan penduduknya rendah.
- Nagara miskin tersebut golongan wanita berkhawin pada usia mudah menyebabkan kencendoraan saiz keluarga yang besar.

d) Kegagalan program perancangan keluarga
- Program perancangan keluarga meliputi pengatahuan, peralatan dan kaedah tidak dapat dilaksanakan di negara miskin.
- Kegagalan perancangan keluarga disebabkan taraf pendidikan yang rendah, kalangan agama, adat dan status kuno.
- Contohnya agama Islam menyeru dan menggalakkan keramaian umatnya manakala kaum cina memperoleh lelaki sebagai waris keluarga.

e) Pertambahan pengeluaran sumber makanan
- Sumber makanan menggalakkan kadar kelahiran kerana ia mengatasi krisis makanan dan kebuluran.
- Makanan yang banyak dan berzat menjamin kesihatan pendudk dan mampu menganpung bilangan penduduk ramai.
- Makanan berzat memanjang jangka hayat dan mendorong kadar kelahiran.

f) Kestabilan politik
- Selepas tamat perang dunia ke-2 1945, kadar kematian berkurangan peperangan berakhir menyebabkan polisi kependudukan, kegiatan ekonomi dan kemajuan sosial lebih selamat.
- Keamanan dan kestabilan politik mendorong pertambahan penduduk.
- Kerajaan juga mengglakkan kadar kelahiran seperti mengecuali cukai, memberi bonus dan cuti bersalin yang panjang.

Konsep kependudukan

Konsep kadar pertubuhan penduduk

- Pertubuhan penduduk ialah petunjuk arah perubahan penduduk samada
a) Bertambah persat
b) Perlahan
c) Statik
d) Berkurang atau menurun

- Hampir semua negara membangun seperti India, Brazil dan Thailand mencatatkan pertumbuhan penduduk tinggi.

- Pertumbuhan penduduk terbahagi kepada 2:
a) Pertumbuhan penduduk kasar
b) Pertumbuhan penduduk bersih (perbezaan nilai imigrasi dan emigrasi)

Keadah pengiraan pertumbuhan penduduk

a) Pertumbuhan penduduk
- Jumlah kelahiran – Jumlah kematian/Jumlah penduduk x 1000

b) Kadar pentumbuhan penduduk
- Kadar pertumbuhan + Kadar migrasi bersih

c) Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi
- % kadar kelahiran - % kadar kematian

d) Kadar kelahiran
- Jumlah bayi yang dilahir dalam tahun/Jumlah penduduk pada pertengahan tahun x 1000

e) Jumlah kematian
- Jumlah kematian pada tahun/Jumlah penduduk pada pertengahan tahun x 1000

f) Migrasi bersih
- Migrasi masuk – Migrasi Keluar

Konsep penduduk

a) Lebihan penduduk (penduduk berlebihan)
b) Penduduk Berkurangan (penduduk minimum)
c) Penduduk optimum (sesuai stabil)

Lebihan penduduk

- Bermaksud kemampuan semula jadi dalam sesebuah negara tidak dapat menampung jumlah keperluan penduduk.

- Daya tampung dan keperluan semula jadi penduduk meliputi:

a) Sumber semula jadi (tanah, mineral, air dan merin)
b) Keperluan semula jadi penduduk (pekerjaan, makanan, pendidikan, kesihatan dan perumahan)

- Penduduk berlebihan terbahagi kepada 2 iaitu:
a) Lebihan relatik
b) Lebihan mutlak

- Lebihan relatik bermaksud sumber di dalam sesebuah negara banyak tetapi teknologinya mundur untuk membangunkan sumber semula jadi.
- Lebihan mutlak bermaksud sumber semula jadi berkurangan dan walaupun dibantu dengan kemajuan teknologi ia masih tidak dapat menampung keperluan penduduk.
- Nagara tersebut dibelenggu dengan masalah keburukan, kelaparan putaran kemiskinan yang ganas.
- Contoh negara Ethopia, Sudan, Afrika Utara.

Sebab-sebab atau faktor mempengaruh penduduk

a) Kadar kelahiran yang tinggi
- Kadar kelahiran yang tinggi kerana berkhawin usia mudah, kurang pendidikan, aras kesuburan tinggi dan gagalnya program perancang keluarga.
- Fenomena ini berlaku dinegara miskin seperti India, Bangladesh dan Indonesia.

b) Aras kesuburan tinggi
- Negara miskin golongan pemuda dan wanita khawin di usia mudah
- Kadar kesuburan tinggi usia muda menambah bilangan bayi sehingga umur 35 tahun.

c) Kegagalan program perancangan keluarga
- Kegagalan ini disebab:
a) Ramai pemuda tidak berpendidikan, kurang mengatuhi perangan keluarga.
b) Kekurangan wang untuk mendapat alat.
c) Dasar perancangan keluarga dihalang oleh kepercayaan agama, adat dan keperluan komuniti.

2011年6月23日星期四

Bab 2: Taburan Penduduk

- Maksud taburan penduduk ialah sebaran atau agihan penduduk di muka bumi.

- Sebaran penduduk terbahagi kepada 3 iaitu jarang, sedarhana dam padat.

- Kawasan asia dan Eropah berpenduduk padat, kawasan Artik dan Antartika berpenduduk jarang.

- Kepadatan penduduk ialah jumlah penduduk yang mendiami sesuatu kawasan.

- Kepadatan penduduk boleh ditentukan dengan cara nisbah jumlah penduduk.

- Kepadatan penduduk = Tumlah penduduk/Keluasan kawasan.

Teburan Penduduk Dunia Mengikut Kepadatan

- taburan penduduk global boleh dibahagikan mengikut:
a)Taburan penduduk mengikut benua
b)Taburan penduduk mengikut garis lingtang
c)Taburan penduduk mengikut kawasan
d)Taburan penduduk mengikut ketinggian
e)Taburan penduduk mengikut kebenuaan dan kepulauan

Taburan penduduk mengikut benua

- Benua asia dan Eropah mempunyai penduduk paling ramai iaitu 3/4 daripada jumlah penduduk dunia.

- Separuh daripada penduduk dunia terdapat di Asia merangkumi China, India dan Indonesia.

- Benua Afrika jarang penduduk walaupun merangkumi 53 buah negara.

- Fenomena ini disebabkan faktor keluasan berbanding jumlah penduduk.

Taburan penduduk mengikut garis lintang

- 4/5 daripada penduduk dunia tinggal di garisan lingtang 20U sehingga 60S

- Kawasan garisan lintang itu meliputi Asia Timur, Asia Selatan, Eropah dan Timur laut Amerika Selatan.

Taburan penduduk mengikut kawasan

- Boleh dibahagi kepada 3 bahagian

a) Kawasan berpenduduk padat
- Semua bandar maju contohnya Tokyo, New York dan Bangkok

- Semua bandar utama.

b) Kawasan sedernaha penduduk
- Hutan sejuk sederhana

- Kawasan Steppe, Prairie dan Veld.

- Afrika Selatan / kawasan Medditeranean

c) Kawasan jarang penduduk
- Kutub utara dan kutub selatan

- Kawasan Greenland

- Tanah tinggi Himalaya dan banjaran Rocky.

- Gurun panas Saltara, Gurun Kalahari dan Gurun Ataccamma.

- Lembangan Amazan, Lembangan Congo dan pedalaman Asia Tenggara.

Taburan penduduk mengikut Ketinggian

- Penduduk lebih suka tinggal di kawasan berketinggian 0->200 meter.

- Mereka memilih kawasan tanah pamah kerana kesuburannya dan takanan cuaca.

- Terdapat juga penduduk yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti Bolivia, Ecuador dan mexico.

Taburan penduduk mengikut kebunuaan dan kepulauan

- Lebih ramai penduduk tinggal di benua berbanding kepuluan.

- Samakin ke pedalaman jumlah penduduk semakin berkurangan.

- Penduduk lebih suka di pinggir laut kerana faktor iklim, bentuk muka bumi dan ekonomi.

- Antara pulau yang agak berpenduduk padat ialah, Jepun, Sri Lanka, Kepulauan Indonesia, Hong Kong dan Taiwan.

- Pulau ini banyak penduduk kerana letakan, kesuburan tanah, sejarah dan sumber ekonomi.



Faktor Alam Sekitar Fizikan Mempengaruhi Taburan Penduduk

- Faktor fizikal ialah iklim, bentuk muka bumi, tanah tanih dan sumber alam.

a) Iklim

- Pengaruh iklim mempengaruhi taburan panduduk kerana aktiviti pertanian.

- Kawasan Asia beriklim panas dan lembab, monsoon tropika dan khatulistiwa, sesuai untuk pertanian.

- Iklim jenis medditeranean dan sejuk sederhana sesuai bagi pertanian di kawasan Eropah.

- Iklim yang bersesuaian dan tidak melampau malah mengalakan pertanian menyebabkan ia menjadi tunpuan penduduk.

- Kawasan beriklim melampau seperti terlalu sejuk dan terlalu panas, aktiviti pertanian sukar dijalankan.

- Kawasan gurun beriklim panas, kontang, kemarau dan kegersangan, malah menjadi tandus contohnya Gurun Sahara.

b) BentuK Muka Bumi

- Kawasan pamah, dataran, delta dan kawasan landai padat penduduk kerana memudahkan segala aktiviti.

- Kawasan tanah tinggi dan berhutan tebal seperti Banjaran Rocky dan Lembagan Amazon sukar diteroka tanah tinggi.

c) Pengaruh Kesuburan Tanih

- Tanih jenis alluvium, chernozem dan pedzol merupakan tanih yang suker untuk pertanian.

- Tanaman seperti padi, gandum dan kopu dapat diusahakan.

- Kawasan bertanih subur yang ramai penduduk ialah dataran Hwang Ho, Sungai Indus, Sungai Nil.

d) Pengaruh Saliran

- Saliran bermaksud sungai, air dan tasik yang terdapat di sesebuah kawasan.

- Sungai Mekong, Sungai Nil, Sungai Chaw Pharya dan Sungai Ganges menjadi lokasi pertempatan penduduk.

- Menjadi tumpuan utama kerana aktiviti demestik, perikanan, pengangkutan dan pengairan.




Faktor Ekonomi

- Kawasan pertanian, perindustrian, perlombongan dan perikanan mempunyai ramai penduduk.

- Delta Ganghes, Trrawaty, Hwang Ho dan Delta Kelantan benyak penduduk. (kawasan pertanian)

- Bandat Tokyo, Bandar Damodar dan Bandar Rul di Jerman kawasan industri ramai penduduk.

- Gurun Sahara, Lembangan Amazon dan Afrika Tengah jarang penduduk kerana kurang kegiatan ekonomi.

Faktor Sosial

- Kawasan Bandar banyak kemudahan sosial ramai penduduk.

- Kawasan pusat pendidikan seperti University Oxford, Harvard dan Al Azahar ramai penduduk kerana menjadi pusat keilmuan.

- Bandar Tokyo, Bandar New York dan Bandar Seoul banyak menawarkan ekonomi perkhidmatan seperti pusat kewangan dan perkhidmatan perhotelan.

Faktor Domografi

- Ialah kadar kelahiran dan kematian.

- Kawasan Asia Tenggara, Amerika Latin dan Asia Timur penduduk padat kerana kadar kelahiran tinggi.

Faktor Sejarah

- Kawasan awal dibuka, pertempatan dan kawasan awal tamadun mempunyai penduduk ramai.

- Pemduduk ramai kerana kewujudan ekonomi, ilmu pengetahuan dan kestabilan politik.

- Contoh negara Mesir, Rom, India dan China.

Bab 1: Konsep Penduduk

Penduduk Sebagai Sumber Manusia

- Manusia sebagai sumber dalam sesebuah negara diukur dari segi kualiti dan kuantiti.

- Kuantiti penduduk diukur dari segi bilangan, saiz penduduk, taburan penduduk, struktur, umur dan jantina

- negara berkuantiti penduduk ramai ialah China, Indonesia dan India.

- Kuantiti penduduk menjadi sumber tenaga kerja, kutipan cukai, pasaran serta kuantiti pertahanan.

- Kuanliti penduduk diukur dari segi.
a)Kesihatan
b)Taraf pendidikan
c)Kemahiran yang dimiliki
d)Mobiliti dan Asimilasi
e)Sikap
f)Kemenjadian

- Manusia sebagai sumber berperanan menentukan sesebuah negara maju dan negara yang mundur.

- Penduduk diperlukan sebagai sumber tenaga bagi memenuhi keperluan seperti perkhidmatan, pengurusan, perniagaan dan buruh.

- Sumber penduduk kemenjadianya ditentukan berdasarkan aspek taraf pendidikan, kemahiran, pengalaman bekerja, latihan dan sikap keterbukaan.

- Kualiti sumber manusia dipergaruhi oleh tahap kesihatan, pemakanan, kesuburan, kemajuan ekonomi dan kemudahan sosial.

Penduduk Sebagai Agen Perubahan

- Manusia sebagai agen perubahan telah melakukan banyak aktiviti seperti:
a)Perubahan sosial ekonomi
b)Perubahan lanskap bugaya
c)Perubahan lanskap fizikal

Perubahan Sosial Ekonomi

- Penduduk telah mengubah kegiatan ekonomi dari ekonomi tradisional seperti pertanian kepada ekonomi moden iaitu perindustrian dan perkhidmatan.

- Corak sosia ekonomi telah mewujudkan aktiviti perniagaan, perdagangan, pengangkutan, pelancongan, pemintaan dan penawaran barangan.

- Dalam kegiatan ekonomi penduduk bertindak sebagai tanaga kerja dan pengguna.

- Dari segi sosial penduduk mengubah perkembangan sosial meliputi perubahan pendidikan, kesihatan dan komunikasi.

- Sebagai contoh kemajuan telekominikasi meliputi perubahan pengunaan seperti satelit, gps, gis.

Perubahan Lanskap Budaya

- Fenomena budaya telah diubah oleh manusia meliputi aktiviti ekonomi, komunikasi, cara hidup, guna tanah dan perbandaran.

- Budaya manusia dari hidup secara individu berubah menjadi berkomuniti, menjadi padat dan berkemudahan kompleks.

- Budaya manusia berubah termasuklah dari sagi cara hidup, tempat tinggal, pemakanan, corak ekonomi dan teknologi.

Perubahan Lanskap Fizikal

- Manusia bertindak terhadap sekitar fizikal keatas tanih air, udara, flora dan fauna.

- Manusia melakukan perubahan lanskap seperti menebuk bukit, mengorek tanah, menarah, memotong bahu bukit dan meratakan tanah tinggi.

- Tindakan manusia telah menghasilkan pandangan seperti lurah, parit dan gegalur.

- Tindakan manusia telah menyebabkan alam sekitar mengalami luluhawa, hakisan tanih, gelangsaran tanih, tanah runtuh dan mendapan tanih.